ASMA

   Asma  merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pada saluran pernafasan yang menyebabkan peningkatan kepekaan (sensitif) terhadap rangsangan dari persekitaran.

 Penyebab gejala ini mungkin adalah daripada kelelahan fikiran (gangguan emosi), kelelahan jasmani, perubahan persekitaran hidup yang tidak diinginkan, (cuaca, kelembapan, suhu, asap terutama rokok dan wangi-wangian yang merangsang), jangkitan saluran pernafasan seperti influenza dan reaksi alahan dari bahan yang berbau/terhidu atau makanan.

 Tahap sensitif saluran pernafasan dimulai dengan gejala ringan (seperti selesema/bersin atau batuk yang sering berulang, hinggalah sampai ke tahap yang berat.

Tahap sensitif biasanya bermula dari zaman kanak-kanak, sekitar 50% gejala asma akan sembuh dengan sendirinya, walaupun disuatu ketika nanti ia muncul kembali dengan lebih berat, keadaan ini dipanggil sebagai asma(lelah), sekitar 55% - 60% penyakit alahan pernafasan diturunkan ke anak atau cucu dan selain itu ia juga disebabkan oleh pencemaran persekitaran yang teruk. gejala-gejala penyakit yang baru akan muncul apabila kita semakin meningkat usia

Gejalanya:

seseorang yang menghidap asma, akan menunjukkan gejala  ringan  seperti selesema, bersin, batuk disertai dengan rasa gatal pada tekak dan gejala tersebut juga akan mencapai ke tahap yang lebih teruk iaitu sesak nafas, nafas berbunyi, berpeluh dan denyutan nadi meningkat.



 * Pernafasan yang berbunyi seperti bersiul

Masalah gangguan asma ini juga  sering terjadi pada malam hari sehingga ke waktu pagi, kemudian hilang atau merasa lebih baik sekitar jam 9 pagi.

 Sukan  atau aktiviti yang berat juga merupakan faktor penyebab sehingga mengakibatkan batuk-batuk pada seseorang yang menghidapi asma.

Penyebab asma:

sebab utama penyakit asma adalah saluran nafas yang radang/bengkak disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan-bahan seperti:

*Debu yang ada dalam rumah , seperti permaidani, tilam kapas, sofa, pakaian yang berada dalam almari yang disimpan terlalu lama dan sebagainya.

*Bahan makanan terutamanya jenis ikan laut, susu lembu, telur, coklat, kacang, bahan lain yang dapat menimbulkan iritasi seperti pedas, asam, manis, asin, sejuk, melekat, panas dan lain-lain



*Disebabkan oleh persekitaran, udara kotor, bulu dan kotoran dari haiwan peliharaan, seperti kucing, unggas dan lain-lain.

Untuk petua pemulihan Asma sila sertai kami di >> http://www.FB.com/ruangan kesihatan 2020 Jangan lupa like dan sertai kami di Ruangan Kesihatan Facebook. Anda boleh ajukan sebarang pertanyaan di group ini.

Comments

Popular posts from this blog

bagaimana saya menjaga kesihatan dengan produk K-Link.