HIDUP SEHAT DAN CERGAS DENGAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG



               Untuk mendapatkan tubuh sihat dan umur panjang, orang melakukan banyak hal. Mulai dengan olahraga, makan makanan tambahan, hingga pembedahan kosmetik untuk menegangkan kulit yang mulai berkedut. Padahal itu hanya di permukaan saja. Yang lebih penting ialah bagaimana memerangi radikal bebas yang merosakkan tubuh dari dalam, iaitu dengan memakan makanan yang sihat dan menjaga kesihatan tubuh sampai di usia senja.

  Untuk mewujudkan kualiti hidup yang baik sampai ke usia senja memang tidak mudah tanpa diusahakan sejak dari usia muda.

   Saat ini gaya hidup dan pola makan yang tidak memperlihatkan cara yang baik, mengakibatkan tingginya risiko timbulnya penyakit degeneratif seperti sakit jantung, kanser, kencing manis, reumatik yang sudah dirasakansampai di negara-negara membangun seperti Malaysia.





Belum lagi akibat yang ditimbulkan oleh persekitaran yang tercemar oleh pencemaran yang mengakibatkan radikal bebas dapat merosakkan tubuh kita. Tanpa di sedari dalam tubuh kita secara terus-menerus terbentuk radikal  bebas melalui peristiwa metabolisme sel normal, peradangan, kekurangan zat dan akibat tindak balas terhadap pengaruh luar tubuh. Pencemaran persekitaran, ultraviolet, asap rokok dan lainnya.



 Sebab itu untuk menjaga kesihatan tubuh, kita memerlukan makanan yang berzat untuk meningkatkan kecergasan. Makanan dan kecergasan sangat berkait rapat dengan pola makan berzat dan aktiviti fizikal yang teratur seperti olahraga. Memakan makanan yang berzat bererti makanan yang kita makan mengandungi nutrisi yang seimbang sehingga dapat memelihara keihatan tubuh kita, namun tidak berlebihan.

    Disamping kebiasaan hidup yang sihat iaitu tidak merokok, mengatasi tekanan, tidur yang mencukupi, berolahraga, tidak minum minuman beralkohol, melakukan diet yang sihat dan memperlihatkan kesihatan tubuh, jiga melakukan pemeriksaan rutin untuk mendapatkan perawatan kesihatan yang baik.

    Selain itu Gaya Hidup pun harus diperbaiki dengan meningkatkan aktiviti seperti berolahraga secara rutin dan istirehat yang cukup agar tubuh tetap sihat dari muda sampai usia senja  

    Untuk menyeimbangkan nutrisi dan vitamin dalam tubuh kita, K-LINK atau kita kenal dengan makanan tambahan merupakan pelengkap keperluan berzat sehari-hari. Sebagai pelengkap, makanan tambahan tentunya tidak dapat menggantikan posisi makanan secara utuh, namun lebih bersifat menampung kekurangan zat-zat yang boleh kita dapatkan melalui makanan. Penggunaannya pun harus tepat, kandungannya tidak boleh berlebihan dan sebaikny tidak berkurangan.

Makanan tambahan tidaklah sama dengan ubat-ubatan kimia yang boleh menyembuhkan penyakit dengan cepat pada saat diminum. Namun penggunaan makanan tambahan secara rutin dan tepat boleh mempercepatkan proses penyembuhan bagi mereka yang baru ataupun menderita sakit teruk.

Untuk tips kesihatan melalui Facebook sila sertai kami di FB fan page Era Kesihatan 2020 Klik di sini >> Ruangan kesihatan FB .  Layari website kami di   http://rahsiasehat17.com









Comments

Popular posts from this blog

bagaimana saya menjaga kesihatan dengan produk K-Link.