Posts

Showing posts from October, 2012

ASMA

Image
   Asma  merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pada saluran pernafasan yang menyebabkan peningkatan kepekaan (sensitif) terhadap rangsangan dari persekitaran.  Penyebab gejala ini mungkin adalah daripada kelelahan fikiran (gangguan emosi), kelelahan jasmani, perubahan persekitaran hidup yang tidak diinginkan, (cuaca, kelembapan, suhu, asap terutama rokok dan wangi-wangian yang merangsang), jangkitan saluran pernafasan seperti influenza dan reaksi alahan dari bahan yang berbau/terhidu atau makanan.  Tahap sensitif saluran pernafasan dimulai dengan gejala ringan (seperti selesema/bersin atau batuk yang sering berulang, hinggalah sampai ke tahap yang berat. Tahap sensitif biasanya bermula dari zaman kanak-kanak, sekitar 50% gejala asma akan sembuh dengan sendirinya, walaupun disuatu ketika nanti ia muncul kembali dengan lebih berat, keadaan ini dipanggil sebagai asma(lelah), sekitar 55% - 60% penyakit alahan pernafasan diturunkan ke

Bagaimana mengaktifkan tenaga terpendam luar biasa anda dengan K-LINK liquid Chlorophyll??

Image
     Bagaimana mengaktifkan tenaga terpendam luar biasa anda dengan K-LINK liquid Chlorophyll?. Cara yang saya tunjukkan ini adalah cara yang halal dan selamat digunakan.  Klorofil K-LINK ialah buatan daripada Syarikat K-LINK Malaysia yang di mana produk K-LINK telah menembusi lebih daripada 50 buah negara. Syarikat K-LINK pernah muncul di TV3 Malaysia sila lihat video di bawah  Untuk Status pencapaian K-LINK klik di sini >> Pencapaian K-LINK  Di Arab, tumbuhan Klorofil digunakan untuk menyembuhkan kuda serta menguatkan tubuh dan meningkatkan kecergasan kuda. Selain itu  tumbuhan klorofil juga menguatkan sistem imuniti. Setelah membuat kajian terhadap tumbuhan klorofil ini, ianya telah membuktikan klorofil sangat berguna kepada tubuh badan manusia seperti menyembuhkan luka, menstabilkan jumlah sel darah merah dan sel darah putih,.   Klorofil turut menstabilkan berat badan manusia, membersihkan tubuh, neningkatkan sistem tubuh badan, memurnikan darah, memperbaik

Bagaimana saya berjaya mengatasi ketagihan rokok dan alkohol

Image
 Salam sejahtera semua pembaca Blog Kesihatan yang saya bina ini. Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana saya telah menghapuskan ketagihan pada rokok dan alkohol. saya percaya ramai yang di luar sana ingin tahu bagaimana hendak bebas daripada kedua-dua masalah ini. Ada pelbagai cara untuk mengatasi kedua-dua masalah ini seperti menggunakan Ubat bantuan berhenti merokok.   Contoh Ubat bantuan yang saya berikan ini ialah terdiri daripada beberapa jenis iaitu Gula getah nikotin, Varenicline, Amfebutamone (Bupropion) Ubat jenis  Amfebutamone ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%.    Sebenarnnya ada pelbagai cara lagi,  malah tanpa bantuan ubat atau sesuatu produk berhenti merokok  pun anda dapat menghen

Rahsia Kekal Muda dan sihat TERBONGKAR!!

Image
 Ada pelbagai cara untuk mengekalkan kesihatan dan kekal kelihatan muda. Dengan mengambil pemakanan yang sihat iaitu makanan beralkali 80% dan makanan berasid 20%.   Makanan beralkali ialah buah-buahan dan sayur-sayuran sementara makanan berasid pula ialah daging, nasi, garam, gula,kuning telur, burger, maggie, makanan yang ditambah bahan pengawet dan sebagainya. Cara yang paling tidak ideal pula ialah melakukan pembedahan kosmetik, menggunakan alat solek, menggunakan krim pelembut muka dan kulit, padahal ianya cuma luaran sahaja tetapi bagaimana pula dengan dalaman tubuh kita?. baiklah teruskan bacaan kerana saya akan memberi jalan penyelesaiannya.   Cara yang lain pula ialah sentiasa melakukan olahraga seperti, bermain bola, badminton, jogging, berbasikal dan pelbagai olahraga yang lain. Tetapi berita buruknnya ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan daging yang kita guna sekarang ini tidak lagi selamat terutama sekali yang dibeli daripada pasar atau kedai. Oleh itu adalah lebih ba

Apakah Itu ALAHAN dan Penyebabnya?

Image
ALAHAN keadaan dimana seseorang menjadi sangat kalah terhadap bahan/senyawa yang belum tentu menimbulkan gangguan pada orang lain. Mungkin disebabkan oleh faktor keturunan. Reaksi alahan timbul setelah beberapa kali terdedah kepada alergy. (bahan/senyawa penyebab alahan)  Gejalanya: Tergantung pada bahagian tubuh yang terkena serang, Misalnya; *mata merah, bengkak dan berair. *Hidung mengeluarkan banyak lendir, bersin dan lain-lain. * Saluran pernafasan berlendir, nafas sesak batuk, nafas berbunyi dan lelah. *Perut/usus kecil lebih aktif  sehingga terjadi gerakan peristaltik yang berlebihan menyebabkan cirit birit atau sakit perut. *Persendian sakit, sengal, kemerahan, bengkak. *Kulit berbintik merah atau timbul ruam disertai gatal. Beberapa jenis Alahan: (Radang Hidung) Alahan rinitis adalah peradangan rongga hidung yang disebabkan oleh reaksi alahan. sering terjadi pada semua umur, disebabkan oleh faktor keturunan orang yang terjangkit akan mengalami bersin-bers

HIDUP SEHAT DAN CERGAS DENGAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Image
               Untuk mendapatkan tubuh sihat dan umur panjang, orang melakukan banyak hal. Mulai dengan olahraga, makan makanan tambahan, hingga pembedahan kosmetik untuk menegangkan kulit yang mulai berkedut. Padahal itu hanya di permukaan saja. Yang lebih penting ialah bagaimana memerangi radikal bebas yang merosakkan tubuh dari dalam, iaitu dengan memakan makanan yang sihat dan menjaga kesihatan tubuh sampai di usia senja.   Untuk mewujudkan kualiti hidup yang baik sampai ke usia senja memang tidak mudah tanpa diusahakan sejak dari usia muda.    Saat ini gaya hidup dan pola makan yang tidak memperlihatkan cara yang baik, mengakibatkan tingginya risiko timbulnya penyakit degeneratif seperti sakit jantung, kanser, kencing manis, reumatik yang sudah dirasakansampai di negara-negara membangun seperti Malaysia. Belum lagi akibat yang ditimbulkan oleh persekitaran yang tercemar oleh pencemaran yang mengakibatkan radikal bebas dapat merosakkan tubuh kita. Tanpa di sedari dala

Bagaimana Untuk HIDUP SIHAT

Image
  TIDAK dinafikan semakin meningkat usia, perubahan fizikal juga semakin berubah. Wajah mula menampakkan kedutan, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad.     Keadaan itu pastinya membuatkan anda bimbang menghadapi hari tua. Oleh itu, sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan'.  Malah, proses penuaan setiap orang berbeza dan ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.  Kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan, sama ada secara moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun dimamah usia.  Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas hinggakan ada pihak yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.   Bagaimanapun ada kalanya